Saya sendiri telah mengambil keputusan untuk menyusukan anak saya (pada waktu itu bertugas sebagai Engineer di salah sebuah company di Kemaman ni) Walaupun mempunyai jadual kerja yang ketat, masuk kerja awal pagi dan habis kerja lewat petang/malam tetapi itu tidak melemahkan semangat saya untuk terus menyusukan anak saya.Kenapa tidak anda?
Saya mengepam susu badan tiga kali sehari – sekali setiap tiga hingga empat jam – ia bergantung kepada masa saya iaitu samada saya berada di dalam mesyuarat, menerima panggilan atau saya perlu menyiapkan laporan dan sebagainya. Anak saya akan meminum botol susunya yang terakhir pada jam 6 petang. Oleh itu apabila sayaa pulang ke rumah pada jam lapan atau sembilan malam, saya akan sampai tepat pada masanya untuk menyusukan anak saya sebelum menidurkannya.
Penyusuan susu ibu membawa perubahan yang besar dalam hidup saya.
Betullah kata orang, setiap kelahiran anak, seorang ibu akan terbentuk.
Banyak cabaran yang saya hadapi, terpaksa bergegas ke mesyuarat, pengaliran susu (sbb miss waktu pam), kesan-kesan susu pada pakaian dan rasa kurang selesa.
Memangla agak susah berbanding wanita yang hanya bekerja di pejabat, tak perlu ke sana sini..Tapi itulah jenis tekanan yang terpaksa saya hadapi dan tangani..Cabaran itu jadikan saya semakin kuat! Sebab saya tahu, pengorbanan saya itu tiada tandingnya berbanding khasiat yang saya boleh salurkan kepada anak saya.
Berulang kali saya katakan di dalam kelas asas penyusuan susu ibu yang saya buat, kita, adalah istimewa di sisi Allah, di mana, terdapat banyak ayat menyatakan kedudukan istimewa wanita!
Salah satunya, kita ada mediun perantaraan, anatar Allah dan anak kita, untuk menyalurkan anugerahNya...So, saya sangat2 minta agar semua pihak, baik ibu atau bapa menafikan hak anak dia untuk mendapat penyusuan secara sempurna, 2tahun lengkap!
Susu ibu, formula istimewa untuk bayi
Susu ibu adalah dicipta khas untuk bayi.
Susu permulaan, “foremilk” (susu yang mengalir apabila bayi menghisap buat pertama kali) memenuhi kehausan dan susu berikutnya “hindmilk” (susu yang keluar kemudiannya mengandungi lebih lemak) memenuhi kelaparan.
Tambahan pula, “pada pelbagai peringkat (penyusuan ibu) anda boleh memberikan pelbagai jenis nutrisi kepada bayi,” .
Sememangnya ia adalah sesuatu yang sukar untuk diikuti oleh mana-mana jenis formula bayi, tidak kira betapa majunya formula tersebut.
Saya mengaku ia bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi Kumpulan sokongan sememangnya amat penting. terdapat banyak sekarang ni kumpulan sokongan utk susu ibu...
Di Terengganu khususnya, Persatuan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Negeri Terengganu (PERSINT) @ www.persint.webs.com @ laman group FB https://www.facebook.com/groups/210669085664513/Jangan rasa segan atau malu untuk bertanyakan soalan atau meminta pertolongan daripada rakan-rakan yang rapat dengan anda.
Pelbagai jenis buku boleh didapati tetapi kadangkala kita lupa apa yang telah kita baca.
Cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan seseorang mengenainya.




No comments:
Post a Comment